Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre
Orang-Utan (in malay "man of the forest") are protected under the Fauna Conservation Ordinance which, among other things, prohibits hunting, trading or keeping them as pets.
The Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre was established in 1964 to return orphaned apes back to the wild. The centre was being administered by the wildlife section of the Forestry Department which in 1988 was upgraded as a department under the Ministry of Tourism and Environmental Development. All administration and management was given to the new Wildlife Department of Sabah.
The objectives of the project have expanded in recent years. While Orangutan rehabilitation is still the primary goal at Sepilok, present aims include public education on consevation, research and assistance to other endangered species such as captive breeding of the rare and endangered rhinoceros.
More information on Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre
This centre is now under the supervision of more than 37 staff, including a Wildlife Officer who is also officer-in-charge of the centre, a veterinary doctor, wildlife rangers and general workers.
The centre has a reception centre, information centre, offices for wildlife staff, an animal clinic, quarantine area and enclosures for various animals such as the rhinoceros.
epilok, renowned for its orangutan rehabilitation project, has stimulated a greater local and international awareness of the protection laws for endangered species, and the Centre has resulted in an increase in detection and confiscation of illegally held captive animals.
TEMPAT PEMELIHARAAN ORANG UTAN
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.
Punca pupus
Punca kepupusan orang utan ialah :
- Ladang-ladang kelapa sawit
- Pembalakan
- Perburuan haram
- Perdagangan binatang kesayangan.
23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :
- Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
- Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
- Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
- Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
- Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
- Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.
- Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.
Labels: BIODATA ORANG UTAN
TENTANG ORANG UTAN
ORANG UTAN MERUPAKAN HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS DI MALAYSIA.OLEH ITU, SEBAGAI PENDUDUK DI MALAYSIA KITA PERLULAH MENJAGA ORANG UTAN SEPERTI DI SEPILOK,MALAYSIA.WALAUPUN ANDA TIDAK MENJAGA ORANG UTAN ,ANDA PERLULAH MENGHARGAI HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS KERANA DIA ADALAH MAHLUK TUHAN JUGA.
Labels: BIODATA ORANG UTAN
Subscribe to:
Posts (Atom)